Sunday, February 13, 2011

Maulidur Rasul vs Valentine's day

hai kawan2!! mari kita muhasabah diri sebentar...hari ini seperti yang penulis dan ramai orang di luar sana yang TERLEBIH TAHU tarikh 14 Feb ini adalah tarikh sambutan hari kekasih....tetapi bagi penulis sendiri umat islam tiada erti dalam sambutan-sambutan seperti ini bukan??? rasanya jika hendak berkasih sayang...bukanlah pada hari 14 Feb sahaja...malah kasih sayang haruslah diterapkan dalam kehidupan seharian kita..TETAPI.....penulis maksudkan adalah kasih sayang sesama insan lain seperti keluarga..kawan2 dan ibu bapa serta lain-lain....Rasanya tidak perlu untuk berlebih-lebih dalam bercinta dengan insan yang belum tentu menjadi muhrim kita...Rasanya ramai remaja kita yang tanpa segan silu bercumbu dan berpelukan di khalayak ramai di luar sana...Apa perasaan anda apabila satu hari nanti anak anda pula yang berperangai demikian?? masyaALLAH...semoga dijauhkan....daripada kita menyambut sambutan yang tidak berfaedah itu, baiklah kita menyambut sambutan maulidur rasul dan mengenang semula kisah2 Rasul kita di zaman lampau...semoga akhlak mereka sedikit sebanyak dapat dicontohi..aminnn =)

Monday, February 7, 2011

JEM di sekitar perayaan tahun baru cina


Sepanjang perayaan tahun baru cina...penulis mendengar dan merasai sendiri pengalaman jem di sekitar tanah air.anda bagaimana??..rakan office penulis yang dari kedah mahu pulang ke KL mengambil masa selama 17 jam untuk sampai...manakala penulis dan keluarga dari johor mengambil masa 4-5 jam untuk sampai ke KL ...jem kali ini sangat membimbangkan rasanya ..adakah kita perlu membuat jalan udara pula selepas ini??? hehe ^_^

Tuesday, February 1, 2011

Bumi MESIR bermandi peluru...

Astaghfirullahalazim....mengucap panjang bila teringat perang yang sedang berlaku di Mesir. Tidak dapat penulis bayangkan tentang apa yang bakal terjadi jika penulis berada di tempat pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Mesir sekarang... berat sungguh dugaan itu. diharap perang itu segeralah berakhir kerana penulis bencikan peperangan tambahan lagi bila berlandaskan politik semata. Mari kita doakan supaya umat islam di sana DILINDUNGI dan rakyat Malaysia dapat dibawa pulang dengan segera kerana ibu-bapa mereka yang terlibat tidak henti-henti mengalirkan air mata. mari kita sedekahkan al-FAtehah kepada mereka yang terkorban demi untuk menegakkan keadilan di BUMI ALLAH ini... AL-FATEHAH....