Sunday, December 26, 2010

Tahniah pasukan bola sepak negara!


TAHNIAH!!!

Kepada pasukan bola sepak negara penulis ucapkan ribuan tahniah di atas kemenangan pasukan Malaysia pada malam tadi. Perlawanan menentang Indonesia kelihatan amat sengit namun permainanan pasukan negara kelihatan amat BAGUS! rasanya jarang sekali dapat melihat pasukan Malaysia beraksi sedemikian rupa.. kEeP iT up guys!! Penjaga gol malaysia menjalankan tugasnya dengan baik sekali! rasanya tidak rugi penulis menonton perlawanan itu walaupun hanya di rumah =) ... Sekali lagi TAHNIAH!!! dan SYABAS!






500 BLOG!!!.....

Rajin tol abg Ben ni wat contest kan..bgus2...saya skew! huhu

Tajuk: 500 blog....
Nama FArhana ZAmzuri ..umo 22 becoming 23 erkkk..huhu skg final year student kat Uitm shah alam tp now practical kat UPM coz tinggal di area seri kembangan je..hehe y berblogging???? sebab saya ske merapu n kadang2 terpikir nk tulis mcm2 tp diary dh lapok kan?? heheh but now start new blog utk penulisan formal ni pulak..maklumlah teringin nak komen isu dunia..heheh hope pandangan saya diterima ramai! heheh =p

Thursday, December 23, 2010

TIcket bola sepak Piala SuZuki di jual tanpa kawalan?


sumber pic. : google

Melihat dari berita semalam, tiket perlawanan bola sepak malaysia menentang Indonesia di jual tanpa kawalan oleh kaunter jualan. kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana ada pihak yang mengambil kesempatan membeli tiket dengan kuantiti yang banyak dan penulis hanya takut sekiranya ada pihak yang akan mengambil untung atas angin sahaja... ada juga tiket yang dijual tanpa perlu menunjukkan my-kad sedangkan kuantiti jualan kepada peminat indonesia telah ditentukan. Jika begini lah caranya..penulis tidak rasa jualan kepada peminat2 dua negara ini akan seimbang memandangkan tiket di jual sesuka hati tanpa kawalan. Diharap pihak yang berwajib lebih tegas dalam menjalankan tugas.

Wednesday, December 22, 2010

MASYA ALLAH...

Penulis selalu melihat pasangan2 yang sering ditanyakan tentang kesetiaan, kepercayaan..dan lain-lain. Ramai remaja mahupun pasangan-pasangan bercinta masa kini hanyut dengan bisikan syaitan. Tidakkah mereka semua terfikir tentang akibat dan kesan terhadap keluarga dan ibu-bapa mereka yang penat membesarkan mereka dengan harapan dapat memberi kegembiraan kepada keluarga. Bercinta itu itu tidak salah jika bersandarkan pegangan islam.Penulis berasakan bahawa tidak manis sekiranya berciuman dan berpelukan di khalayak tanpa segan dan tanpa ikatan yang sah. Perkahwinan bawah umur yang menjadi isu supaya tidak ditentang berkahwin jika diizinkan keluarga adalah tidak salah rasanya. penulis amat bersetuju sekiranya ia boleh menyelamatkan maruah dan anak bangsa kita masa kini. Tapi pada masa kini, ramai yang hanya ingin berseronok tanpa memikirkan akibatnya. MASYA ALLAH...fikir-fikirkan...Mungkin inilah yang di katakan umat akhir zaman...

Tuesday, December 21, 2010

Bas 2 tingkat ke cameron???

Kilometer 15-Jln simpang Pulai-Cameron Highlands

Pasti ramai yang sudah tahu tentang isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. 27 nyawa terkorban dalam nahas tragedi yang melibatkan bas 2 tingkat. seramai 25 rakyat Thailand dan 2 orang rakyat malaysia terkorban dalam nahas tersebut. Pada mula-mula penulis membaca berita ini di akhbar, penulis berasa sangat hairan bagaimana sebuah bas dua tingkat boleh terlepas menaiki bukit-bukit tinggi seperti jalan ke cameron highland itu. Lihat sahaja rekabentuk yang kurang stabil yang penulis rasa hanya selamat berada di jalan2 mendatar, itupun belum tentu selamat sepenuhnya. Lihat sahaja tragedi bernyawa yang banyak melibatkan bas2 terutama bas express. Jadi renung-renungkan lah. Mungkin struktur jalan perlu di ambil kira dan dikaji semula. Kepada pemandu2 di luar, bawalah kenderaan anda dengan berkhemah dan jangan jadikan jalan raya sebagai litar lumba .

Monday, December 20, 2010

Lambakan WARGANEGARA asing di malaysia

Sumber : GOOGLE

Sejak akhir-akhir ini kelibat orang asing di malaysia semakin menjadi-jadi. lihat sahajalah di sekeliling kita tambahan lagi di bandaraya Kuala Lumpur dan Selangor. Alahai...kerajaan di harap dapat melakukan sesuatu demi untuk kesejahteraan negara. rasanya penulis sendiri tidak tahu dimana penulis berada sekarang. Di Malaysiakah??? celik mata sahaja apabila berada di jalan raya pasti bas2 dan pengangkutan awam dipenuhi warganegara asing. huh!..rasanya seperti tenggelam sudah kelibat masyarakat Malaysia di tengah kebanjiran wargenegara asing. Penulis merasakan hal seperti ini sudah semakin serius. Manakan tidak, jika kita sendiri sudah berasa bahaya dan 'tidak selamat' berada di negara sendiri apatah lagi jika berada di negara lain. Entah apa silapnya kebanjiran warganegara asing semakin menjadi-menjadi di negara kita..penulis sendiri pun tidak tahu...lokasi spot yang di penuhi antaranya adalah BALAKONG..AMPANG..BANDARAYA KUALA LUMPUR...dan lain-lain..