Wednesday, January 26, 2011

kanak-kanak bersepah di tepi jalan????

hrmmmm sakit hati betul bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kanak-kanak sebagai alat untuk mereka mencari keuntungan. penulis percaya anda di luar sana pasti ada melihat kanak-kanak yang meminta sedekah yang berpakaian seperti kanak-kanak tahfiz dan juga mereka yang juga golongan anak-anak yatim. hari ini KOSMO melaporkan tentang PUSAT TAHFIZ yang menggunakan kanak-kanak ini untuk menjual produk..ASTAGHFIRULLAHALAZIM.....sepatutnya mereka dijaga dan diberi penjagaan dan pelajaran yang sempurna. penulis sangat kasihan melihat mereka-mereka ini. Penulis pernah berhadapan dengan ramai kanak-kanak sebegini dan antara salah satunya pernah mencampakkan barang (produk) ke lantai kerana kawan kepada penulis tidak mahu melayannya untuk mempromosikan barang yang hendak di jual itu..Penulis percaya ada sindikit di sebalik kegiatan kanak-kanak ini. Kasihan melihat kanak-kanak itu yang kelihatannya sangat kepenatan. Kepada mereka2 yang terlibat...fikirlah dengan otak! apa korang rasa kalau korang kat tempat budak-budak tu???? jawab sendiri!

Tuesday, January 18, 2011

myMetro | Marah isteri belasah mentua

myMetro | Marah isteri belasah mentua

hai..macam-macam kan kisah sekarang ni...bila penulis baca..rasa takot pulak nak kawin...huhu..kalau dulu isteri kena dengar cakap suami ..kalau suami cakap tidak boleh pergi ke rumah ibu, maka tidak boleh la jawabnya...tapi sekarang...dunia memerlukan kita untuk bertolak ansur kerana kehidupan sekarang sudah jauh berbeza. lihatlah apa yang sudah berlaku jika manusia hilang pertimbangan dan bertemankan syaitan. sehinggakan bapa mertua yang boleh dianggap sebagai bapa sendiri pun sanggup di pukul. Iman dan kesabaran tu penting dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba macam sekarang ni. Jika iman tergelincir dan bisikan syaitan menguasai maka begini lah jadinya....di harap anda di luar sana berfikir dengan waras dahulu ye sebelum bertindak. ADIOS~~ ^_*

Thursday, January 13, 2011

kes dera budak kecik lagi....aishhh

sekarang ni banyak betul kes penderaan ....sampaikan baby yang tak cukup umur tu pun nak dideranya...manalah letaknya otak dorang ni semua...sedangkan kucing dan ayam pun tahu sayangkan anak dia....kalau dah rasa tak reti nak jaga anak...rasa tanggungjawab itu terbeban...fikirlah sebelum itu lagi..jangan nanti geram dekat suami...masalah rumahtangga...anak yang tidak berdosa itu yang menjadi mangsa..geram rasanya apabila penulis membaca keratan-keratan akhbar berkaitan isu-isu penderaan kanak-kanak sehingga melibatkan kehilangan nyawa...haishhh apa laa nak jadi manusia-manusia ini kan...