Sunday, May 15, 2011

suspek penyimbah asid??



Seperti yang pembaca dapat lihat...lakaran (lakaran ke???? hehe) di atas adalah suspek yang disyaki penyimbah asid kepada mangsa2 di sekitar kuala lumpur...sedang orang ramai mendapat gambaran wajah lelaki india ini.. tuan empunya gambar dah pon menyerah diri ke balai polis...tetapiiiiiiiiiiiii bukan untuk mengaku salah...tetapi beliau sememangnya tidak bersalah...dia tampil kehadapan menerangkan perkara yang sebenar. cuba kita bayangkan jika kita ditempat dia? mesti kita malu mengadap orang ramai sedangkan kita langsung tak berbuat apa-apa kesalahan..perkara seperti ini sebenarnya membahayakan lelaki ini kerana orang yang mungkin percaya ini adalah penjenayah tersebut pasti akan berasa geram dan marah...semoga suspek sebenar dapat ditangkap secepat mungkin...

Tuesday, May 10, 2011

Selamat HaRi IBU!!

Hai kawan-kawan! maaflah oleh kerana penulis agak ke-bz-an jadi lama sudah xdapat nak update blog ni..hehe ampun yaaa...ok sempena hari ibu pada 9 may 2011 baru-baru ini..penulis ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada mereka yang bergelar ibu. mesti banyak hadiah-hadiah dan majlis yang telah diadakan oleh anak-anak mereka kan...penulis masih lagi mencari hadiah yang sesuai...rasanya sudah berada di dalam fikiran hanya perlu ke kedai dan memilih design yang sesuai sahaja =) (walaupun terlambat sudah tp xpew...janji ada jugak..hehe)

kepada ibu penulis...penulis ucapkan selamat hari ibu dan terima kasih kerana telah membesarkan penulis dengan penuh kasih dan sayang. mwaxxxxxxxxx!! sayang mak!! ^_*

Sunday, February 13, 2011

Maulidur Rasul vs Valentine's day

hai kawan2!! mari kita muhasabah diri sebentar...hari ini seperti yang penulis dan ramai orang di luar sana yang TERLEBIH TAHU tarikh 14 Feb ini adalah tarikh sambutan hari kekasih....tetapi bagi penulis sendiri umat islam tiada erti dalam sambutan-sambutan seperti ini bukan??? rasanya jika hendak berkasih sayang...bukanlah pada hari 14 Feb sahaja...malah kasih sayang haruslah diterapkan dalam kehidupan seharian kita..TETAPI.....penulis maksudkan adalah kasih sayang sesama insan lain seperti keluarga..kawan2 dan ibu bapa serta lain-lain....Rasanya tidak perlu untuk berlebih-lebih dalam bercinta dengan insan yang belum tentu menjadi muhrim kita...Rasanya ramai remaja kita yang tanpa segan silu bercumbu dan berpelukan di khalayak ramai di luar sana...Apa perasaan anda apabila satu hari nanti anak anda pula yang berperangai demikian?? masyaALLAH...semoga dijauhkan....daripada kita menyambut sambutan yang tidak berfaedah itu, baiklah kita menyambut sambutan maulidur rasul dan mengenang semula kisah2 Rasul kita di zaman lampau...semoga akhlak mereka sedikit sebanyak dapat dicontohi..aminnn =)

Monday, February 7, 2011

JEM di sekitar perayaan tahun baru cina


Sepanjang perayaan tahun baru cina...penulis mendengar dan merasai sendiri pengalaman jem di sekitar tanah air.anda bagaimana??..rakan office penulis yang dari kedah mahu pulang ke KL mengambil masa selama 17 jam untuk sampai...manakala penulis dan keluarga dari johor mengambil masa 4-5 jam untuk sampai ke KL ...jem kali ini sangat membimbangkan rasanya ..adakah kita perlu membuat jalan udara pula selepas ini??? hehe ^_^

Tuesday, February 1, 2011

Bumi MESIR bermandi peluru...

Astaghfirullahalazim....mengucap panjang bila teringat perang yang sedang berlaku di Mesir. Tidak dapat penulis bayangkan tentang apa yang bakal terjadi jika penulis berada di tempat pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Mesir sekarang... berat sungguh dugaan itu. diharap perang itu segeralah berakhir kerana penulis bencikan peperangan tambahan lagi bila berlandaskan politik semata. Mari kita doakan supaya umat islam di sana DILINDUNGI dan rakyat Malaysia dapat dibawa pulang dengan segera kerana ibu-bapa mereka yang terlibat tidak henti-henti mengalirkan air mata. mari kita sedekahkan al-FAtehah kepada mereka yang terkorban demi untuk menegakkan keadilan di BUMI ALLAH ini... AL-FATEHAH....

Wednesday, January 26, 2011

kanak-kanak bersepah di tepi jalan????

hrmmmm sakit hati betul bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kanak-kanak sebagai alat untuk mereka mencari keuntungan. penulis percaya anda di luar sana pasti ada melihat kanak-kanak yang meminta sedekah yang berpakaian seperti kanak-kanak tahfiz dan juga mereka yang juga golongan anak-anak yatim. hari ini KOSMO melaporkan tentang PUSAT TAHFIZ yang menggunakan kanak-kanak ini untuk menjual produk..ASTAGHFIRULLAHALAZIM.....sepatutnya mereka dijaga dan diberi penjagaan dan pelajaran yang sempurna. penulis sangat kasihan melihat mereka-mereka ini. Penulis pernah berhadapan dengan ramai kanak-kanak sebegini dan antara salah satunya pernah mencampakkan barang (produk) ke lantai kerana kawan kepada penulis tidak mahu melayannya untuk mempromosikan barang yang hendak di jual itu..Penulis percaya ada sindikit di sebalik kegiatan kanak-kanak ini. Kasihan melihat kanak-kanak itu yang kelihatannya sangat kepenatan. Kepada mereka2 yang terlibat...fikirlah dengan otak! apa korang rasa kalau korang kat tempat budak-budak tu???? jawab sendiri!

Tuesday, January 18, 2011

myMetro | Marah isteri belasah mentua

myMetro | Marah isteri belasah mentua

hai..macam-macam kan kisah sekarang ni...bila penulis baca..rasa takot pulak nak kawin...huhu..kalau dulu isteri kena dengar cakap suami ..kalau suami cakap tidak boleh pergi ke rumah ibu, maka tidak boleh la jawabnya...tapi sekarang...dunia memerlukan kita untuk bertolak ansur kerana kehidupan sekarang sudah jauh berbeza. lihatlah apa yang sudah berlaku jika manusia hilang pertimbangan dan bertemankan syaitan. sehinggakan bapa mertua yang boleh dianggap sebagai bapa sendiri pun sanggup di pukul. Iman dan kesabaran tu penting dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba macam sekarang ni. Jika iman tergelincir dan bisikan syaitan menguasai maka begini lah jadinya....di harap anda di luar sana berfikir dengan waras dahulu ye sebelum bertindak. ADIOS~~ ^_*

Thursday, January 13, 2011

kes dera budak kecik lagi....aishhh

sekarang ni banyak betul kes penderaan ....sampaikan baby yang tak cukup umur tu pun nak dideranya...manalah letaknya otak dorang ni semua...sedangkan kucing dan ayam pun tahu sayangkan anak dia....kalau dah rasa tak reti nak jaga anak...rasa tanggungjawab itu terbeban...fikirlah sebelum itu lagi..jangan nanti geram dekat suami...masalah rumahtangga...anak yang tidak berdosa itu yang menjadi mangsa..geram rasanya apabila penulis membaca keratan-keratan akhbar berkaitan isu-isu penderaan kanak-kanak sehingga melibatkan kehilangan nyawa...haishhh apa laa nak jadi manusia-manusia ini kan...