Wednesday, January 26, 2011

kanak-kanak bersepah di tepi jalan????

hrmmmm sakit hati betul bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kanak-kanak sebagai alat untuk mereka mencari keuntungan. penulis percaya anda di luar sana pasti ada melihat kanak-kanak yang meminta sedekah yang berpakaian seperti kanak-kanak tahfiz dan juga mereka yang juga golongan anak-anak yatim. hari ini KOSMO melaporkan tentang PUSAT TAHFIZ yang menggunakan kanak-kanak ini untuk menjual produk..ASTAGHFIRULLAHALAZIM.....sepatutnya mereka dijaga dan diberi penjagaan dan pelajaran yang sempurna. penulis sangat kasihan melihat mereka-mereka ini. Penulis pernah berhadapan dengan ramai kanak-kanak sebegini dan antara salah satunya pernah mencampakkan barang (produk) ke lantai kerana kawan kepada penulis tidak mahu melayannya untuk mempromosikan barang yang hendak di jual itu..Penulis percaya ada sindikit di sebalik kegiatan kanak-kanak ini. Kasihan melihat kanak-kanak itu yang kelihatannya sangat kepenatan. Kepada mereka2 yang terlibat...fikirlah dengan otak! apa korang rasa kalau korang kat tempat budak-budak tu???? jawab sendiri!

No comments:

Post a Comment