Wednesday, December 22, 2010

MASYA ALLAH...

Penulis selalu melihat pasangan2 yang sering ditanyakan tentang kesetiaan, kepercayaan..dan lain-lain. Ramai remaja mahupun pasangan-pasangan bercinta masa kini hanyut dengan bisikan syaitan. Tidakkah mereka semua terfikir tentang akibat dan kesan terhadap keluarga dan ibu-bapa mereka yang penat membesarkan mereka dengan harapan dapat memberi kegembiraan kepada keluarga. Bercinta itu itu tidak salah jika bersandarkan pegangan islam.Penulis berasakan bahawa tidak manis sekiranya berciuman dan berpelukan di khalayak tanpa segan dan tanpa ikatan yang sah. Perkahwinan bawah umur yang menjadi isu supaya tidak ditentang berkahwin jika diizinkan keluarga adalah tidak salah rasanya. penulis amat bersetuju sekiranya ia boleh menyelamatkan maruah dan anak bangsa kita masa kini. Tapi pada masa kini, ramai yang hanya ingin berseronok tanpa memikirkan akibatnya. MASYA ALLAH...fikir-fikirkan...Mungkin inilah yang di katakan umat akhir zaman...

No comments:

Post a Comment